Rabu, 24 April 2013

penamaan calon PRU-13 P40 KEMAMAN

bismillahirrahmaanirrahiim.. <3
getaran rasa makin hebat, berdebar2 rasa utk menanti tiba waktu PRU13 yg mmg d jangka sengit..
sengit? sbb? sbb PRU13 akan berlaku satu peralihan kuasa besar dlm mentadbir Malaysia nim.. insyaALLAH akn d tadbir oleh pakatan rakyat.. ameen..
oraitt, sedikit gmbo2 sempena penamaan calon PRU13 P40 KEMAMAN,..
keEXCITEDan yg melampau melanda diri,, keh3...ank mude ramai sokong PR, ambe lihat ngn amte ambe sndri.. betapa ank muda inginkan perubahan.. :)









Sabtu, 26 Januari 2013

untuk si kecil dari si niqabis~

Kelmarin,ketika ingin pulang ke rumah dari taska, aku memakai purdah ke muka..seorang anak kecil di taska memandang dengan penuh minat dan bertanya ; "Teacher, kenapa teacher pakai tu?" sambil menunjukkan tangan ke purdahku..
Aku tersenyum di balik purdah..sambil mengusap kepala dan pipinya..comel sungguh soalan itu..




Wahai anak kecil, suatu hari nanti kau akan mengerti,
betapa pakaian menutup aurat dan purdah ini menjaga diriku sebagai seorang muslimah..betapa aku memerlukannya untuk memastikan aku 'terhijab' dari segala kejahatan dan fitnah dunia ini..dan untuk bermujahadah, aku juga perlu menghijab hatiku dari segala sifat2 mazmumah..pakaian ini menjadikan aku malu untuk berbuat sesuatu yang mungkar.. pakaian ini jugalah yang akan selalu mengingatkan diriku bahawa kenikmatan dan kecantikan dunia yang ALLAH kurniakan ini adalah bersifat sementara cuma,ia amanah yang perlu dijaga, agar tak di mamah api neraka..
Aku memakainya bukanlah bermakna aku yang terbaik dan sempurna..kerana aku tahu tentang diriku yang serba serbi kekurangan ini..malah aku selalu bermuhasabah diri bila memandang wanita-wanita lain,malah yang tidak bertudung..mungkinkah mereka jauh lebih baik amalannya dariku?..

Purdah ini adalah cuma pilihan..amalan sunat yang sangat-sangat dituntut..sesiapa saja boleh memakainya..pada bila-bila masa yang dirasakan perlu...yang paling penting adalah menutup aurat..aku cuma berharap, purdah ini MENJAGA DIRIKU..di dunia dan akhirat..
Pakaian ini bukanlah satu kongkongan buatku kerana sememangnya fitrah seorang wanita muslimah itu sangat pemalu dan suka berselindung, sangat tenang jika dipeluk, dijaga rapi,ditutup,diselubungi..rasa selamat,selesa,dan disayangi..


Dan itulah yang aku rasakan..aku telah jatuh cinta dengan si purdah ini..moga aku dapat bermujahadah menjaganya..dan ia juga dapat menjaga diriku sebaiknya...
Doakan teachermu ini wahai anak kecil..moga dirimu juga membesar menjadi seorang muslimah solehah..

diz story from ukhty Zaiti Haidar.. ex-boss sy..hehe,, skrg kami sama2 berjuang utk terus istiqamah.. :)

Rabu, 23 Januari 2013

tautan ukhuwah mahabbah fillah..

bismillahirrahmanirrahim..
untukmu sahabatku.. salam ukhuwah mahabbah fillah..

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)

Ahad, 13 Januari 2013

#KL112.. HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT!!

Bismillahirrahmanirrahiim..

#KL112 aku datangg..!!!
Alhamdulillah,perhimpunan berlangsung secara aman,tiada provokasi dr mana2 pihak kerajaan..
hehe... kami dtg utk menuntut hak kami sebagai rakyat malaysia.. KAMI DATANG BUKAN UNTUK BERPERANG,TAPI KAMI DATANG UNTUK BERJUANG.. :)


samapi sekarang ambe dop leh kira berapa orang yg dtg..keh3

generasiku,,generasi X&Y mahukan perubahan.. :)
pejuang2 R.. same cam ambe.. hehe
sesungguhnya aku sangat mencintai para ulama' pewaris Nabi s.a.w... love TGNA n TGHH <3
kami tetap bersama memperjuangkan hak kami.. :)
Langkah2 kami meniti kemenangan.. in syaALLAH :)

TV3 suku n media massa pro BN ate dlm 45k je..  dop pndai ngire puok2 caii BN :D
seronok melihat pelbagai bangsa bersatu atas nama RAKYAT MALAYSIA :D



2013 akan mencatat satu lg sejarah besar.. KEMENANGAN UTK PAKATAN RAKYAT.. IN SYAALLAH :)




Khamis, 10 Januari 2013

love diz song!! oh yeaahhh...!

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=uYWYdPjV6QI

hope,awk tuju lagu nim utk sy.. keh3 :P



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi engkau minta wang berjuta itu pun ku tak mampu
Jika engkau minta satu dunia lagi ku tak mampu
Tapi ku mampu jadi Imam mu pastikan engkau bahagia

Hati ini hanya milik Ilahi
Yang beri cinta yang temukan aku dan kamu
Sayangku jika ujian datang dari Tuhan untukmu
Tak terukir di bintang segala jawapan doa pada Tuhan
Tak terukir di bintang segala jawapan cuba baca Al-Quran..

Rabu, 9 Januari 2013

#KL112 AKU DATANG!!!!!!!!!


tersangatt excited utk KL112 # HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.
 
YESSS! 2 hari lagiiiii...
sape2 yg pergii,jumpa di sanaa.. in syaALLAH.. ambe akan turut bersama memperjuangkan hak rakyat!
ini bukan kerja yang sia2,melainkan ini adalah satu perjuangan untuk kami menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia..


 jom sertai kami pejuang hak rakyat!!

 
 
TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) Terjemahan oleh Gedung Rakyat Ori .
Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut: -
a) BERSIH, untuk pilihanraya yang bersih dan adil, T-SHIRT KUNING.
b) ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri pengeluar hasil petroleum, T-SHIRT MERAH (Kelantan) dan HITAM (Terengganu).
c) ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian FGV. T-SHIRT OREN.

Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan bahawa kita berada di sana dalam keadaan aman dan hanya untuk menunjukkan bantahan. Jika anda menyertai #KL112 di Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen pengangkutan awam, sekatan jalan, penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL, gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi (telefon bimbit), penutupan sistem pengangkutan awam, penutupan jalan dan sebagainya. Harapan saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang membara dan tidak seorang pun daripada kita yang akan ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0

Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu. Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.

APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100, duit kecil.
• Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain - dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga.
• Sekiranya anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.

APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut Sport sebaik-baiknya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU. Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkan diri dari meriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.

APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadap POLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU ...
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.

.
JUMPA ANDA DI SANA SANA SANA..... Ini kalilah!!!!

sanah helwah tOk guru tersayanggg.. :)

Bismillahirrahmanirrahiim..
sesungguhnya usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin bertambah usia seseorang, ertinya semakin banyak persoalan yg perlu dijawab di hadapanNya nanti, biarlah nikmat kehidupan yg diberikan ini menjadi saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh di dunia ini, insya Allah.. ♥


Selamat Hari Lahir buat Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ke-82. Semoga islam terus berkembang dibawah pemerintahan Tok Guru dan semoga dipanjangkan umur Tok Guru serta dipermudahkan segala urusan..
Ameen..
doa kami pencinta ulama' pewaris Nabi s.a.w. sentiasa mengiringi tOk guru..

♥ TGNA ♥