Rabu, 9 Januari 2013

#KL112 AKU DATANG!!!!!!!!!


tersangatt excited utk KL112 # HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.
 
YESSS! 2 hari lagiiiii...
sape2 yg pergii,jumpa di sanaa.. in syaALLAH.. ambe akan turut bersama memperjuangkan hak rakyat!
ini bukan kerja yang sia2,melainkan ini adalah satu perjuangan untuk kami menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia..


 jom sertai kami pejuang hak rakyat!!

 
 
TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) Terjemahan oleh Gedung Rakyat Ori .
Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut: -
a) BERSIH, untuk pilihanraya yang bersih dan adil, T-SHIRT KUNING.
b) ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri pengeluar hasil petroleum, T-SHIRT MERAH (Kelantan) dan HITAM (Terengganu).
c) ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian FGV. T-SHIRT OREN.

Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan bahawa kita berada di sana dalam keadaan aman dan hanya untuk menunjukkan bantahan. Jika anda menyertai #KL112 di Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen pengangkutan awam, sekatan jalan, penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL, gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi (telefon bimbit), penutupan sistem pengangkutan awam, penutupan jalan dan sebagainya. Harapan saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang membara dan tidak seorang pun daripada kita yang akan ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0

Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu. Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.

APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100, duit kecil.
• Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain - dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan nombor ID, dan soalan yang ditanya oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH 3.0 tag nama mereka dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat - untuk membekalkan tenaga.
• Sekiranya anda tidak sihat, disarankan tidak menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.

APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet - gulungkan wang anda dan IC anda dengan getah dan simpan di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)

APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna pilihan anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut Sport sebaik-baiknya.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan #KL112 telah ditutup. Jika anda memandu, anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki bas, keretapi, LRT, monorel: kerja berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit Amal PAS yang baju lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini daripada seorang anggota polis. Saya berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan melambatkan pergerakan FRU. Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan bergerak perlahan-lahan supaya anda mempunyai masa untuk mengelakkan diri dari meriam air. Sesetengah orang hanya suka disembur tetapi saya cuba menjauhkan diri.

APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadap POLIS atau DBKL atau lebih teruk lagi FRU ...
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin ditangkap. Peguam sudah bersedia di balai polis untuk membantu anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.

.
JUMPA ANDA DI SANA SANA SANA..... Ini kalilah!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan