Sabtu, 26 Januari 2013

untuk si kecil dari si niqabis~

Kelmarin,ketika ingin pulang ke rumah dari taska, aku memakai purdah ke muka..seorang anak kecil di taska memandang dengan penuh minat dan bertanya ; "Teacher, kenapa teacher pakai tu?" sambil menunjukkan tangan ke purdahku..
Aku tersenyum di balik purdah..sambil mengusap kepala dan pipinya..comel sungguh soalan itu..




Wahai anak kecil, suatu hari nanti kau akan mengerti,
betapa pakaian menutup aurat dan purdah ini menjaga diriku sebagai seorang muslimah..betapa aku memerlukannya untuk memastikan aku 'terhijab' dari segala kejahatan dan fitnah dunia ini..dan untuk bermujahadah, aku juga perlu menghijab hatiku dari segala sifat2 mazmumah..pakaian ini menjadikan aku malu untuk berbuat sesuatu yang mungkar.. pakaian ini jugalah yang akan selalu mengingatkan diriku bahawa kenikmatan dan kecantikan dunia yang ALLAH kurniakan ini adalah bersifat sementara cuma,ia amanah yang perlu dijaga, agar tak di mamah api neraka..
Aku memakainya bukanlah bermakna aku yang terbaik dan sempurna..kerana aku tahu tentang diriku yang serba serbi kekurangan ini..malah aku selalu bermuhasabah diri bila memandang wanita-wanita lain,malah yang tidak bertudung..mungkinkah mereka jauh lebih baik amalannya dariku?..

Purdah ini adalah cuma pilihan..amalan sunat yang sangat-sangat dituntut..sesiapa saja boleh memakainya..pada bila-bila masa yang dirasakan perlu...yang paling penting adalah menutup aurat..aku cuma berharap, purdah ini MENJAGA DIRIKU..di dunia dan akhirat..
Pakaian ini bukanlah satu kongkongan buatku kerana sememangnya fitrah seorang wanita muslimah itu sangat pemalu dan suka berselindung, sangat tenang jika dipeluk, dijaga rapi,ditutup,diselubungi..rasa selamat,selesa,dan disayangi..


Dan itulah yang aku rasakan..aku telah jatuh cinta dengan si purdah ini..moga aku dapat bermujahadah menjaganya..dan ia juga dapat menjaga diriku sebaiknya...
Doakan teachermu ini wahai anak kecil..moga dirimu juga membesar menjadi seorang muslimah solehah..

diz story from ukhty Zaiti Haidar.. ex-boss sy..hehe,, skrg kami sama2 berjuang utk terus istiqamah.. :)

2 ulasan: